Photobucket

BINGKISAN DOA

Doa untuk Mengulangkaji Pelajaran- Doa memulakan ulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَاَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْعَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ

M
aksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”- Doa selepas mengulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَعَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”


Doa Pada Hari Peperiksaan
Dicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:
1. Ketika memasuki dewan peperiksaan:

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًانَصِيرًا

Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

2. Ketika menerima kertas soalan:

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِيوَيَسِّرْ لِي أَمْرِيوَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِييَفْقَهُوا قَوْلِي.

M
aksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

3. Ketika sukar menjawab:

ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

 
atau 

اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.

M
aksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

4. Jika anda terlupa jawapan:

اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.
Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku.
اجتماع بيننا ،

أبدا المخطط لها ،
ولكن التحديثات وقد رتبت من قبل رببول جليل ،
الذين يعرفون صوت قلوبنا ،
وجود حلم الإنسان ،
ودعا الى صديق...
على الرغم من أنني لا يتوقع ،
ولكن أنا موجود في حياتك ،
يأتي لا يجوز أبدا ينتظر ،
ومع ذلك ، لا يهم secalit خيبة الأمل ،
أكثر ما تأسف في قلب هذا ،
في الواقع ، وأنا أقدر هذا الاجتماع ،
لأن معها ،
يقود صداقة...
الفصل...
يبدو مؤلما للغاية ،
كثيرا ما يدعو الدموع ،
الجمال والسعادة التي نتمتع بها معا ،
في تود أن تذهب فورا ،
ومع ذلك ، تذكر ، المرافقون........،
فصل التقينا والله ،
ولذلك ، بموافقة تامة قبول...
إذا كانت الذاكرة وقف لي ،
يخبر قطعة هي متشابكة الصلاة ،
آمل أن يكون هناك أكثر بعد هذا اللقاء ،
إن لم يكن في هذا العالم الموتى ،
سماء فردوس في الخلود...
شاء الله!
BERCOUPLE BUKAN BUDAYA UMAT ISLAM YANG BERIMAN
 
                                                                                                                      



>BERCOUPLE, setiap kali kita mendengarnya akan terlintas di benak kita sepasang insan yang sedang mabuk cinta dan dilanda asmara. Saling mengungkapkan rasa sayang serta rindu, yang kemudiannya memasuki sebuah biduk  pernikahan.
 Lalu kenapa harus dipermasalahkan?
 Bukankah cinta itu fitrah setiap anak adam?
 Bukankah setiap orang memerlukan masa penyesuaian sebelum pernikahan?

 CINTA,
 Fitrah Setiap Manusia,
 MANUSIA diciptakan oleh ALLAH SWT dengan membawa fitrah (insting) untuk mencintai lawan jenisnya. Sebagaimana firman-NYA; Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu  wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi ALLAH lah tempat kembali yang baik(Syurga). (Ali Imran: 14).

 Berkata Imam Qurthubi: ALLAH SWT memulai dengan wanita kerana kebanyakan manusia menginginkannya, juga kerana mereka merupakan jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah bagi kaum lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain
 fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita.
 (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah)

 Oleh kerana cinta merupakan fitrah manusia, maka  ALLAH SWT menjadikan wanita sebagai perhiasan
 dunia dan nikmat yang dijanjikan bagi orang-orang beriman di syurga dengan bidadarinya.

 Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata;
 Rasulullah SAW bersabda; Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah
 wanita yang solehah.
 (Hadis Riwayat Muslim,NasaI, Ibnu Majah, Ahmad, Baihaqi)

 ALLAH berfirman; Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.
 (ar-Rahman: 70)

 Namun, Islam tidak membiarkan fitnah itu mengembara tanpa batasannya. Islam telah
 mengatur dengan tegas bagaimana menyalurkan cinta, juga bagaimana batasan pergaulan antara
 dua insan berlawanan jenis sebelum nikah, agar semuanya tetap berada pada landasan etika dan
 normal yang sesuai dengan syariat.


ETIKA PERGAULAN DAN BATAS PERGAULAN DI ANTARA LELAKI DAN WANITA MENURUT ISLAM.
                                                                            


 1.Menundukkan pandangan:
 ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firman- NYA; Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan
 pandangannya dan memelihara kemaluannya.
 (an- Nuur: 30)

Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman;
 Dan katakanlah kepada wanita yang beriman, Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.
 (an- Nuur: 31)

2.Menutup Aurat;  ALLAH berfirman dan jangan lah mereka
 mennampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka
 melabuhkan kain tudung ke dadanya.
 (an-Nuur: 31)

 Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu
 dan isteri- isteri orang mukmin:
Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh
 mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu.
Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(an-Nuur: 59).

 Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri r.a.
 berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu
 juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.

3.Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita;
 Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum  yang berbeza jenis, harus disampaikan dari
 balik tabir pembatas.
 Sebagaimana firman-NYA; Dan apabila kalian  meminta sesuatu kepada mereka (para wanita)
 maka mintalah dari balik hijab.
 (al-Ahzaab: 53)

 4.Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan;
 Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar  Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang
 lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya.
Hadis Riwayat Bukhari
MEMAHAMI KONSEP ASAS SISTEM PENTADBIRAN ISLAM

Konsep Pentadbiran

Jika diteliti, terdapat banyak definisi tentang konsep sistem pentadbiran Islam. Walau bagaimanapun, sebelum memahami apa yang dimaksudkan dengan sistem pentadbiran Islam secara lebih jelas, adalah penting untuk terlebih dahulu memahami apa yang dimaksudkan dengan konsep pentadbiran.

-Istilah pentadbiran adalah berasal daripada perkataan latin iaitu ‘administrare‘ yang bermaksud menjaga.[1]

-En Gladden menakrifkan ia sebagai menjaga atau mengawasi manusia dan mengurus hal-hal.[2]

-Pfeiffer mendefinisikan pentadbiran terdiri daripada penyelarasan tenaga manusia dalam urusan kerajaan supaya bekerjasama dalam melaksanakan tugas yang telah ditetapkan.[3]

-Al-Buraey pula mentafsirkan pentadbiran sebagai kegiatan kumpulan teratur manusia yang dilaksanakan dengan berkesan, tugas kerajaan atau rangkaiannya melalui kerjasama, keharmonian dan keputusan yang rasional.[4]

-Sondang P. Siagam menyatakan ia merupakan suatu proses kerjasama antara dua orang manusia atau lebih berdasarkan kepada kerasionalan tertentu untuk mencapai tujuan yang telah ditentukan sebelumnya.[5] Dengan kata lain, pentadbiran juga bermaksud sebagai usaha mengatur dua orang atau lebih manusia untuk menjalankan sesuatu kerja.[6]

-Mohd Amin Salih menyatakan pentadbiran merupakan proses pelaksanaan kegiatan yang dirancangkan oleh institusi kepimpinan yang merupakan daya penggerak kepada pelaksanaan proses pentadbiran.[7]

-Ishwar Dayal menyatakan pentadbiran sebagai memastikan pencapaian sesuatu matlamat yang telah ditentukan oleh sesebuah organisasi. Ianya dilakukan dengan membuat penjelasan tentang apa yang ingin dicapai, siapa yang perlu memikul tugas dan dalam keadaan yang bagaimanakah sesuatu tugas itu perlu dilaksanakan.[8]

-Muhammad Abdul Rauf menyatakan ia sebagai proses perlaksanaan untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menyelaraskan tenaga manusia agar dapat mengikuti satu perancangan untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.[9]

-Ordway Tead pula mentakrifkan pentadbiran sebagai hala tuju manusia di dalam sesebuah organisasi untuk mencapai sesuatu tujuan yang dikongsi bersama dengan melibatkan proses mengintegrasikan usaha supaya keputusan yang diingini dapat dicapai.[10]

Berdasarkan beberapa pandangan tersebut dapat dirumuskan bahawa pentadbiran meliputi suatu bentuk organisasi yang tersusun dan sistematik bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan. Oleh itu adalah penting bagi menyatupadukan seluruh kegiatan organisasi di bawah satu penggerak bagi memastikan matlamat tercapai dengan pengurusan yang cekap.

Sistem Pentadbiran Islam

Jika pentadbiran melibatkan aspek keislaman atau disebut sebagai sistem pentadbiran Islam, ianya perlulah memenuhi keperluan utama bagi membentuk satu pentadbiran yang menyeluruh dengan mengaplikasikan aspek syariat. Dengan kata lain pentadbiran Islam bertujuan untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat bagi masyarakat manusia berpandukan al-Quran dan Sunnah.[11] Oleh itu, definisi pentadbiran Islam bolehlah diperhatikan antaranya seperti berikut:

- Al-Buraey menyatakan bahawa Al-Quran tidak menyebut secara khusus tentang apa itu pentadbiran namun ia menggunakan bahasa Arab iaitu ‘yudabbiru‘ bermakna mengarah, memimpin, mengendali, mengurus, merancang, mengemudi, mengatur, mengawal, bertugas, mengurus dengan baik, berekonomi, buat perancangan dan perniagaan.[12] Menurut beliau lagi, pentadbiran Islam perlulah beroperasi menerusi persefahaman atau yang lebih dikenali sebagai demokrasi sebagai asasnya. Oleh itu pemimpin atau pentadbir yang diktator dan autokratik tidak mempunyai tempat dalam sistem pentadbiran Islam.[13]

- Saari Sungip mendefinisikan sistem pentadbiran Islam sebagai salah satu bahagian daripada bahagian-bahagian yang tercantum erat dan terbina di atasnya Islam itu sendiri sebagai satu cara hidup yang kuat dan kukuh. Oleh itu apa yang menjadi asas kepada Islam mestilah juga menjadi asas kepada bahagian yang lain.[14]

- Mohd Affandi Hassan menyatakan bahawa pentadbiran Islam ialah penyempurnaan amanah yang diterima manusia daripada Allah sebagai hamba dan khalifahnya di dunia, dengan mengerjakan amal salih secara syura (perundingan dan kerjasama) dalam organisasi.[15]

- M.A Niaz pula dalam mendefinisikan maksud sistem penadbiran Islam menyatakan bahawa pentadbiran Islam ialah satu model yang berorientasikan nilai (value-oriented model) bertujuan untuk memaksimumkan nilai keislaman dan standard etika. Keadilan sosial dan kebebasan adalah antara matlamat yang perlu dicapai oleh pentadbir dalam sistem pentadbiran Islam. Meskipun terdapat beberapa aspek nilai yang mempunyai persamaan dengan model dan budaya lain, keunikan model sistem pentadbiran Islam ialah pada :

i) Keesahan dan kepatuhan kepada tuhan

ii) Lebih mengutamakan perpaduan dan kerjasama berbanding persaingan

iii) Sikap dan kelakuan yang sederhana dan ringkas

iv) Wujudnya prinsip syura yang merupakan nadi kepada pentadbiran Islam.[16]

- Ibrahim Abu Sin menyatakan pentadbiran Islam merupakan satu kajian ilmiah terhadap bakat dan kebolehan serta kemahiran seseorang untuk menjadi pengurus.[17]

- Ibn Khaldun menafsirkan pentadbiran Islam sebagai satu kegiatan kemasyarakatan bagi menguruskan usaha-usaha kemanusiaan, berkumpulan dan bermatlamat. Beliau berpendapat pentadbiran adalah dilihat sebagai satu konsepsi kemasyarakatan yang berasaskan kepada peranan manusia itu sendiri sebagai pemimpin organisasi kemasyarakatan.[18]

Rumusan

Apa yang dapat dirumuskan berdasarkan pelbagai pandangan di atas ialah sistem pentadbiran Islam perlulah dibezakan dengan pentadbiran moden kerana sistem pentadbiran Islam berpaksikan kepada semangat syariat dalam merealisasikan matlamat dan objektifnya. Malah, sistem pentadbiran Islam adalah berdasarkan dua prinsip yang penting iaitu Syariah berasal daripada tuhan dan ianya bebas untuk semua umat, beri kelonggaran kepada setiap individu untuk melaksanakannya berdasarkan kesedaran nurani dan keimanan.[19]

Apa yang penting meskipun terdapat pelbagai definisi tentang sistem pentadbiran Islam, namun yang paling utama ia mestilah memenuhi sekurang-kurang lima aspek utama iaitu :

i) Syura iaitu perundingan secara muhibah sebelum keputusan dibuat.

ii) Keadilan kerana berasaskannya sahaja kesejahteraan manusia dan masyarakat dapat diwujudkan dan terjamin kesinambungannya.

iii) Kebebasan dalam batas-batas yang ditentukan oleh hukum iaitu kebebasan untuk menegakkan masyarakat yang adil yang setiap anggotanya menyuruh berbuat baik dan mencegah kejahatan.

iv) Persamaan hak dalam mendapat keadilan dan kebaikan samaada dari segi undang-undang mahupun pembahagiaan kekayaan negara.

v) Untuk memastikan keempat-empat aspek ini dapat dilaksanakan, Islam menetapkan aspek kelima iaitu kebebasan rakyat untuk mendakwa pemimpin yang menyelewen

PRINSIP PENGURUSAN ISLAM

Prinsip ialah asas atau dasar yang menjadi pokok sesuatu pemikiran, tindakan atau pelaksanaan. Dalam kontek pengurusan Islam, prinsi[ bertindak selaku landasan dalam melaksanakan kegiatan pentadbiran atau pengurusan untuk mencapai sesuatu matlamat yang telah dirancang dan ditetapkan.


Pentadbiran dan pengurusan Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah di samping tidak mengenepikan daya pemikiran manusia. Lantaran itu prinsip pengurusan Islam bersifat global, universal dan kekal.

Di antara prinsip pengurusan Islam:

Kepatuhan kepada Keesaan Allah

Kepatuhan kepada Keesaan Allah menjadi teras kepada Islam. Seluruh aktiviti manusia terikat dengan kepercayaan dan keyakinan bahawa Allah Yang Maha Agong mentadbir dan mengurus segala-galanya.

Kepatuhan manusia kepada keesaan dan kekuasaan Allah akan melahirkan para pekerja, pentadbir dan pengurus yang sedar tentang tanggungjawab mereka yang sebenarnya. Justeru pentadbiran atau pengurusan akan menjadi perantaraan serta alat yang boleh memartabatkan kemanusiaan dalam diri manusia. Ia boleh menyusun dan mengagihkan segala nilai yang diperlukan oleh manusia secara adil dan saksama. Inilah hasrat yang ingin dicapai oleh sesuatu pengurusan atau pentadbiran.

Mengimplementasikan Amalan Syura

Islam menjadikan amalan syura sebagai suatu pendekatan yang perlu diterapkan dalam segala bidang kehidupan.

Proses syura yang dijalankan akan memberi peluang kepada yang terlibat untuk mengemukakan pandangan secara bebas dan pada masa yang sama menghargai pandangan pihak lain. Akhienya keputusan yang terbaik akan dapat dicapai melalui penyertaan pelbagai pihak.

Mementingkan Persamaan (al-Musawah)

Para pentadbir, pengurus, ketua dan lain-lain adalah sama di sisi peraturan dan undang-undang Islam. Tiada sesiapa yang boleh dilucutkan hak asasinya melainkan mengikut undang-undang.

Setiap pekerja adalah sama dari segi:
i. Tanggungjawab terhadap undang-undang.
ii. Tanggungjawab terhadap hukuman.
iii. Agihan dan penerimaan kemudahan-kemudahan.

Mendaulatkan keadilan (al-‘Adalah)

Keadilan bermaksud meletakkan sesuatu pada tempat dan keadaan yang betul. Ia mesti dipatuhi di dalam setiap aktiviti.

Skop keadilan teramat luas, meliputi Keadilan dalam:
i. urusan persendirian
ii. menguruskan harta
iii. pertuturan
iv. proses perbicaraan dan penghukuman
v. melayani mereka yang tidak sealiran pendapat.

Dalam konteks pentadbiran dan pengurusan keadilan boleh berlaku dalam hal-hal-hal seperti berikut:
i. Keadilan dalam bentuk persamaan – semua kakitangan dibayar gaji pada hari yang sama.
ii. Keadilan dalam bentuk yang berbeza – jumlah imbuhan atau gaji diberi berbeza mengikut kepakaran atau profesion masing-masing.
iii. Keadilan dalam bentuk hak keistimewaan – ketua boleh menetapkan peraturan dalam pejabat demi kebaikan jabatannya.

Mengtumakan Kebebasan (al-Hurriyyah)

Mengikut undang-undang, setiap orang berhak untuk mendapat kebebasan dalam perkara berikut:
i. Kebebasan diri
ii. Kebebasan beragama
iii. Kebebasan bergerak
iv. Kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat
v. Kebebasan mencari dan memiliki harta dengan cara yang halal
Dakwah Dan Tuntutannya




PENGERTIAN DAKWAH


Dakwah secara lughah yang berasal dari Bahasa Arab, yang bermaksud seruan, panggilan, undangan. Secara istilah, kata dakwah beerti menyeru atau mengajak manusia untuk melakukan kebaikan dan menuruti petunjuk, menyuruh berbuat kebaikan dan melarang perbuatan mungkar yang dilarang oleh Allah swt dan Rasulnya saw.

Syeikh Ali Mahfuz – murid Syeikh Muhammad Abduh memberi batasan dakwah sebagai:-

“membangkitkan kesedaran manusia di atas kebaikan dan bimbingan, menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah berbuat mungkar, supaya mereka beroleh keberuntungan kebahagiaan di dunia dan akhirat”

Dakwah adalah merupakan sunnah para Nabi a.s. .Mereka menyeru manusia kepada subul-as-Salam (jalan kebahagiaan), menunjukkan manusia kepada jalan yang lurus (sirat-al-Mustaqim), sehingga manusia menerima seruan Allah dan Rasul-Nya. Dakwah Islamiyah berawal dari hati yang sedar bahwa inilah jalan kita, yaitu untuk menyeru manusia kepada Allah sehingga mereka mengikuti jejak langkah Rasulullah SAW.

Yang menjadi pemisah antara dakwah Islamiyah dengan jalan lain adalah petunjuk Allah yang disampaikan melalui wahyu dan jalan (contoh) yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Musuh kita yang sebenarnya adalah syaitan dan konco-konconya yang menjelma melalui al-hawa’ (hawa nafsu) yang ada di dalam diri kita serta yang lebih nyata lagi adalah dalam bentuk jahiliyah yang zahir. Jahiliyah yang sekecil-kecilnya dari dosa-dosa yang berupa keingkaran hingga kepada al-kabair (dosa-dosa besar), bid’ah-bid’ah yang menyesatkan, nifaq (kemunafikan), serta kekufuran kepada Allah. Jahiliyah inilah yang seterusnya lahir dan menjelma di dalam bentuk keingkaran kepada Allah baik di dalam bentuk undang-undang, negara, masyarakat, dan segala bentuk sistem yang bukan berasaskan Islam.

Dakwah bukanlah semata-mata penentangan terhadap satu golongan, atau parti, ataupun individu,dan sebagainya. Namun merupakan pertarungan yang telah lama ada, yaitu semenjak penciptaan Adam a.s. dan keengganan Iblis untuk mematuhi perintah Allah agar sujud kepada Adam. Pertarungan di dalam dakwah adalah pertarungan antara yang haq dengan yang batil. Inilah pertarungan para Anbiya a.s. semenjak nabi Adam hingga Rasulullah saw. Inilah dia hakikat dakwah yang perlu kita dukung.

HUKUM BERDAKWAH
Hukum berdakwah adalah wajib dan kewajipan ini tertaklif pada setiap muslim dan muslimat di setiap masa. Terutamanya di zaman ini, ia lebih wajib kerana umat Islam pada hari ini terdedah kepada serangan jahat musuh-musuh Allah swt yang bertujuan mencabut teras dakwah Islam dari jiwa umat Islam.

Menyeru manusia kepada Allah swt adalah satu kemuliaan yang besar kepada pendukung dakwah.

Firman Allah swt:-

Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah swt, mengerjakan amal yang soleh dan berkata: sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri” (Al Fushilat : 33)

Menyerukan manusia kepada Allah swt menghasilkan pahala dan ganjaran yang besar dan tidak ternilai sebagaimana pengakuan Rasulullah saw:

“Jika Allah swt memberi hidayah kepada seorang lelaki lantaran anda, itu lebih baik bagimu daripada setiap apa yang disinari matahari” (H.R. At Tabrani)

Begitu juga sabda Nabi saw yang bermaksud:

“Orang yang paling tinggi kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berkeliling di muka bumi dengan menasihati orang lain” (H.R. At Thahawi)

Menyeru manusia kepada Allah swt adalah salah satu peringkat (marhalah) yang penting dalam amal Islami yang dilakukan secara bersungguh-sungguh. Ia merupakan marhalah ta’rif (memperkenalkan) yang mendahului marhalah takwin (pembentukan) dan marhalah tanfiz (pelaksanaan).

TUJUAN DAKWAH
1. Mengubah pandangan hidup. Di dalam surah Al Anfal ada menyebutkan tentang tujuan dakwah adalah menyedarkan manusia tentang kehidupan yang sebenarnya. Hidup bukanlah makan, minum dan tidur sahaja.
2. Mengeluarkan manusia dari gelap gelita kepada cahaya. Ini diterangkan oleh Allah swt dalam Surah Ibrahim dalam ayat ke-1.
3. Mengajak kepada yang ma’ruf dan mencegah dari perbuatan mungkar. Banyak ayat-ayat Qur’an yang boleh digali menerangkan tentang program amar ma’ruf dan nahi mungkar ini.

MAUDHU’ DAKWAH
Secara umumnya, amudhu’ dakwah ialah ajaran Islam kerana ia merupakan risalah yang dibawa oleh para rasul dan satu-satunya agama yang diredhai Allah. Di antara kandungan dakwah yang perlu diketengahkan kepada masyarakat umum adalah:-

Asas-asas ajaran Islam yang mencakupi persoalan Iman, Islam dan Ihsan.
a) Persoalan iman (aqidah) hendaklah diperjelaskan dalam lingkungan al-Qur’an dan as-Sunnah yang sahih dengan mudah dan jauh daripada penghuraian ahli kalam yang memeningkan kepala. Persoalan yang perlu ditekankan ialah huraian berkenaan rukun-rukun iman.

b) Persoalan Islam (fiqh) pula hendaklah diajar dengan menjauhkannya daripada perselisihan mazhab dengan menjelaskan dalil dan hikmah pensyariatan serta mengaitkannya dengan kehidupan. Persoalan yang perlu ditekankan ialah huraian berkenaan rukun-rukun Islam.

c) Persoalan Ihsan (akhlak) juga hendaklah diajar dengan menjauhkannya daripada pelampauan ahli tasawwuf dan penguraian yang tidak memberi manfaat oleh ahli falsafah. Di antara jenis-jenis ihsan yang perlu dihuraikan ialah:

· Ihsan dengan pengertian muraqabatullah

· Ihsan dengan pengertian berbakti kepada Allah

· Ihsan kepada umat Islam dengan cara memperkukuhkan hubungan al-ukhuwwah fillah

· Ihsan kepada semua makhluk dengan maksud bermuamalah dengan baik bersama mereka.

· Ihsan dengan pengertian melakukan sesuatu tugasan dengan penuh tekun dan bersungguh-sungguh.

USLUB DAKWAH

Di dalam Al-Quran, ayat yang menyebut perkataan uslub sebenarnya tidak ada. Apa yang ada ialah permahaman yang boleh diambil sewaktu Allah s.w.t. berfirman memerintah manusia menyeru ke jalanNya. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.” (Al-Nahl: 125)

Apabila persoalan uslub di dalam ayat di atas diletakkan selepas daripada seruan dakwah, ia menunjukkan bahawa uslub adalah perkara kedua.

Perkara paling utama ialah menyeru manusia terlebih dahulu ke jalan Allah, Tuhan yang menciptakan mereka. Kesedaran ini perlu diutamakan terlebih dahulu, barulah berbincang mengenai uslub dakwah.

Perkataaan uslub secara jelas tidak disebut dalam Al-Quran, namun begitu perkataan yang hampir sama dengan pengertian uslub telah disebutkan oleh Allah dalam firmanNya yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.” (Al-Ma’idah: 35)

Ayat di atas menggesa orang mukmin supaya bertaqwa dan mencari jalan serta cara yang menyampaikan mereka kepada taqwa. Oleh kerana jalan menuju Allah tidak boleh dinamakan uslub, maka kalimah yang dipakai ialah al-wasilah. Dengan ini al-wasilah lebih luas pengertiannya dari uslub sebagaimana ia juga lebih umum dari pengertian uslub.

Kefahaman Ayat 125 surat Al-Nahl Dari Kacamata Uslub Dakwah

Ayat yang disebut sebentar tadi membuat beberapa garis panduan dalam perlaksanaan dakwah iaitu kewajipan menyeru manusia ke jalan Allah. Penyeruan inilah yang dinamakan dakwah. Dalam proses penyeruan ini hendaklah diketahui cara- caranya, supaya dakwah itu boleh sampai kepada mereka. Inilah yang dikatakan kemahiran dan inilah uslubnya. Uslub dakwah yang dibentangkan secara tidak langsung oleh ayat tadi ialah:

a)Hikmah
b)Nasihat-nasihat yang baik
c)Bertukar-tukar fikiran dengan cara yang lebih baik

USLUB HIKMAH

Uslub hikmah dalam menyampaikan dakwah dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:

· Hikmah yang berhubung dengan sifat-sifat pendakwah di jalan Allah hendaklah bersifat menurut sifat-sifat Nabi seperti benar, amanah, bijaksana dan tabligh, berlaku adil, tidak lekas marah, sabar dan mempunyai pengetahuan serta pengalaman yang luas.

· Hikmah berhubung dengan isi kandungan dakwah. Ia bermakna pendakwah ke jalan Allah hendaklah menyampaikan isi kandungan dakwah itu dari kandungan Al-Quran dan segala penerangan hendaklah menepati kebenaran serta dalil-dalil yang kuat dan tepat yang boleh mengurangkan keraguan. Kata-kata yang digunakan hendaklah sesuai dengan kemampuan pendengar.

· Hikmah yang berhubung dengan alat dan strategi dakwah. Segala alat dan strategi yang digunakan betul-betul sesuai dengan tempatnya untuk mencegah berlakunya kerosakan kepada gerakan dakwah itu sendiri.

USLUB NASIHAT YANG BAIK

Nasihat yang baik ialah persanan dan ingatan dengan apa yang disukai oleh orang ramai tentang kebaikan dan mereka bersedia menerimanya dan benci kepada kejahatan serta mereka akan menjauhinya.

Boleh juga difahami dengan nasihat yang baik ialah nasihat yang masuk ke dalam hati dengan halus dan mendalam, menembusi perasaan dan jiwa dengan lembut, kerana berlemah lembut dalam nasihat itu biasanya boleh memberi petunjuk kepada hati yang sesat dan boleh menjinakkan hati yang liar dan boleh mendatangkan natijah yang lebih baik.

Cara nasihat yang baik bergantung kepada perbandingan di antara iman dan kufur, antara kebaikan dan kejahatan, antara taat dan maksiat, antara halal dan haram. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan ( Rasul-rasul).” (Ali-‘Imran: 137)

USLUB BERBINCANG DENGAN CARA BAIK

Para da’i hendaklah menjalankan dakwahnya dengan mengikuti cara yang lemah-lembut dalam perkataan dan menjauhkan kelakuan yang kasar dan kesat.

Gunakanlah sebaik-baik cara berhubung dengan tujuan untuk menjauhkan pendengar-pendengar yang didakwahkan itu dan merasa bahawa pendakwah itu menyerang aqidah yang mereka mempertahankannya. Perancangan cara begini adalah lebih kuat, berpengaruh dan berkesan. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka; dan katakanlah (kepada mereka) : “Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kamu, juga Tuhan kamu, adalah Satu; dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri.” (Al-Ankabut: 46)

Inilah juga firman Allah s.w.t. kepada Nabi Musa a.s. dan saudaranya Harun a.s. ketika mereka diutuskan oleh Allah s.w.t. kepada Firaun yang sombong. Sungguhpun begitu, Allah s.w.t. memerintahkan mereka supaya berlemah-lembut. FirmanNya yang bermaksud:

“Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya. “Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut.” (Taha: 43-44)

Apabila Allah s.w.t. menyatakan supaya dalam berbincang mestilah dengan cara yang baik, maka para da’i perlulah membuat persiapan terlebih dahulu dan segi hujah, latihan, teknik, berbincang yang terbaik, supaya lahir seorang da’i yang mempunyai karisma yang tinggi dalam berdiskusi.

Kalau tidak adalah lebih baik jika dia tidak memberikan kesanggupan dari awal semasa proses temujanji dilakukan.
Kalau ia mempunyai fakta yang lengkap dan cukup jitu, maka ia tidak akan mudah panas baran dan melenting apabila dicemuh atau diserang kerana dia tahu peluru yang ada padanya mencukupi serta mampu menjawab semua hujah musuh atau orang-orang yang diseru kepada Islam.

Pendakwah kadang-kadang mudah naik angin dengan berbagai-bagai soalan kerana tiada persiapan. Dia akan bimbang sekiranya persoalan itu mematikan ideanya untuk berhujah.

Boleh jadi ada orang bertanya, jika pendakwah selalu berlembut dan memilih perbincangan dengan cara yang baik maka bilakah masanya akan berlaku keras. Kita menjawab keras boleh berlaku tetapi dalam kadar dan ruang lingkup membalas setara dengan apa yang mereka lakukan.

Kalau dalam peperangan sekalipun Islam tidak cenderung kepada kekasaran tetapi lebih kepada unsur membalas setara dengan apa yang dilakukan. Maka di dalam dakwah sifat ini lebih dituntut kerana peringkat ini ialah peringkat dakwah iaitu seruan dan pemberian maklumat perintah Islam. Manakala, peringkat perang ialah peringkat jihad.

Lagi pula kalau kasar merugikan dan lemah lembut tidak merugikan maka baiklah kita berlaku lembut kerana kita tidak akan cepat kehabisan peluru. Barangkali peluru akan digunakan dengan begitu waspada sekali. Kalau peluru dilepaskan dilepaskan bertubi-tubi dengan begitu kasar sekali boleh jadi kehancuran akan berlaku.

RUJUKAN
1. Prinsip Dakwah dalam Al Qur’an – Hanung Hizbullah Hamda – Jamaah Masjid Al Azhar, Universitas Islam Indonesia, 2003.
2. 12 Kefahaman Terhadap Dakwah Islam - Dari Madrasah Al-Imam Asy-Syahid Hassan Al Banna, 1970
3. Dakwah Fardiyyah. Mustafa Masyhur m/s 9
4. Seribu Seratus Hadis. Susunan Muhammad Faiz Di bawah Tajuk Perintah Beramar Ma’ruf Nahi Mungkar m/s 146
5. Manhaj Daurah Tadribiyah. Lajnah Tarbiyah dan Latihan Kepimpinan PAS Pusat. m/s 29.
6. Manhaj Daurah Tadribiyah. Lajnah Tarbiyah dan Latihan Kepimpinan PAS Pusat. m/s 77.

Sebaik-baik bekal adalah Taqwa.
  • About Me

    My Photo
    PERSATUAN DIPLOMA PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN ISLAM
    View my complete profile

    tinggalkan pesanan anda utk owner ...


    ShoutMix chat widget

    luv islam

    iluvislam

    Followers